Wednesday, July 20, 2011

Taman Herba






Sesungguhnya, Jabatan Sains IPG Kampus Tawau merasa bertuah kerana memiliki sebuah Taman Herba yang indah dan sejuk mata memandang. Taman Herba dengan keluasan 50 X 35 kaki ini mempunyai lebih daripada 30 spesies tumbuhan herba yang terdiri daripada tumbuhan ubat-ubatan, ulam-ulaman, sayur-sayuran tradisional dan tumbuhan beraroma yang masing-masing mempunyai nilai estetik tersendiri di samping ribuan khasiat dan manfaat yang tersembunyi di dalamnyaTaman ini dibangunkan berkonsepkan landskap untuk memberikan keselesaan dan daya tarikan kepada pengunjung. Ia sesuai untuk warga IPG yang terdiri daripada pensyarah, pelajar dan kakitangan staf yang berminat untuk mengenali dengan lebih dekat bentuk tumbuhan dan kegunaannya secara tradisional. Antara tumbuhan-tumbuhan herba yang terdapat di Taman Herba ini adalah seperti berikut:

























Tuesday, July 19, 2011

Latar Belakang

Jabatan Sains adalah salah satu daripada jabatan yang baru diwujudkan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau mulai 1 Jun 2007. Sebelum itu, Jabatan ini merupakan sebahagian daripada Jabatan Sains dan Matematik. Pada tahun 2010, Jabatan ini terdiri daripada Unit Sains yang mengendalikan kursus-kursus berkaitan mata pelajaran Sains Teras, Fizik, Kimia, Biologi dan juga Pedagogi Sains. Jabatan ini terdiri daripada enam orang pensyarah dan tujuh orang pembantu makmal.


Carta Organisasi Jabatan Sains



Objektif Jabatan

v  Melahirkan guru Sains yang cemerlang
v  Memastikan setiap pelajar mendapat latihan dan memperolehi ilmu yang sewajarnya
v  Memastikan setiap pelajar berpeluang untuk mengembangkan potensi individu melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
v  Memastikan setiap pelajar mempunyai sahsiah yang cemerlang dan seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
v  Berusaha mewujudkan persekitaran dan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga jabatan

Jabatan ini mempunyai 9 buah makmal iaitu 2 buah makmal Kimia, 2 buah makmal Biologi, 2 buah makmal Fizik, 2 buah Makmal Sains Rendah dan sebuah makmal Sains Menengah.