Tuesday, July 19, 2011

Latar Belakang

Jabatan Sains adalah salah satu daripada jabatan yang baru diwujudkan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau mulai 1 Jun 2007. Sebelum itu, Jabatan ini merupakan sebahagian daripada Jabatan Sains dan Matematik. Pada tahun 2010, Jabatan ini terdiri daripada Unit Sains yang mengendalikan kursus-kursus berkaitan mata pelajaran Sains Teras, Fizik, Kimia, Biologi dan juga Pedagogi Sains. Jabatan ini terdiri daripada enam orang pensyarah dan tujuh orang pembantu makmal.


Carta Organisasi Jabatan Sains



Objektif Jabatan

v  Melahirkan guru Sains yang cemerlang
v  Memastikan setiap pelajar mendapat latihan dan memperolehi ilmu yang sewajarnya
v  Memastikan setiap pelajar berpeluang untuk mengembangkan potensi individu melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
v  Memastikan setiap pelajar mempunyai sahsiah yang cemerlang dan seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
v  Berusaha mewujudkan persekitaran dan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga jabatan

Jabatan ini mempunyai 9 buah makmal iaitu 2 buah makmal Kimia, 2 buah makmal Biologi, 2 buah makmal Fizik, 2 buah Makmal Sains Rendah dan sebuah makmal Sains Menengah. 
  

1 comment: